Kay Ai

There are no facts, only interpretations - Friedrich Nietzsche

Profil


Kay-Ai atau nama sebenarnya ialah Khairil Idham Ismail. Mendapat pendidikan awal di SMKA Sheikh Haji Mohd Said , Seremban sebelum menyambung pelajaran menengah atas di Kolej Islam Sultan Alam Shah ( KISAS ) dan seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MD) dari Russian State Medical University atau kini dikenali sebagai Russian National Research Medical University di Moscow.


Kini bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia dan sedang mengikuti pengajian Sarjana Sains Kesihatan Masyarakat ( Kesihatan Pekerja ) di HUKM, Cheras. 

Memiliki kumpulan puisi remaja peribadi yang berjudul Rusia Kali Pertama. Karya-karyanya berbentuk eceran puisi dan cerpen tersiar di pelbagai media seperti Berita Harian, Mingguan Malaysia, Tunas Cipta dan sebagainya. 

Manakala hasil fotografinya pernah mendapat tempat di Jerman dan Amerika Syarikat.

0 ulasan:

Catat Ulasan