Kay Ai

There are no facts, only interpretations - Friedrich Nietzsche

Kau yang kumimpi

Tinggalkan buah fikiran anda
siapa kau yang kumimpi, ingin kuterokai misteri ini!
Kau yang kumimpi,
saban masa tiap hari,
lewat tidur malam sepi,
jangan dikejut lena ini,
biar terus didodoi begini.
Kau yang kumimpi,
penghulu segala bidadari,
di dunia tiada menandingi,
hingga cemburu jadi hati,
kagen sepertimu penghuni syurgawi.
Kau yang kumimpi,
hadirlah pada diri,
dalam sedar terusi realiti,
indahkan akhlakku dihiasi,
lantaran cerminmu memantul seri,
mimpi dan sedarku akan seorang isteri.
khairil idham ismail
1404 moscow russia
may 27, 2008
jamadilawal 21, 1429
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 ulasan:

Catat Ulasan